Kelas Asas Komputer Dan Surat Kiriman Rasmi
11 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Febuari 2017 telah berlangsung Kelas Asas Komputer yang disertai oleh seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan umur. Kelas tersebut diserta oleh penduduk Kg Tg Piai. Kelas yang bermula pada jam 10 pagi dimulakan dengan asas pengetahuan tentang komputer serta segala jenis software yang terdapat dalam komputer.
Setelah peserta mempelajari tentang asas komputer, peserta didedahkan mengenai Microsoft Word dan asas penggunaan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai fungsi atas ‘button’ yang terdapat dalam Microsoft Word dan cara penggunaan papan kekunci dan tetikus dengan betul.
Selesai pengetahuan asas komputer, peserta diajar cara menulis surat kiriman rasmi dengan format yang betul. Peserta diberi tunjuk ajar dengan sewajarnya oleh tenaga pengajar PI Tg Piai untuk menulis surat kiriman rasmi. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam dan tamat pada jam 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: